Searching Corner

Saturday, November 27, 2010

Kenali Budi Pekerti Wanita Yang Dicintai :-)

~ HaRgaILaH wAnIta yAng AndA CiNTAi...dAn MenCiNtAi Anda ~


Monday, November 22, 2010

~ mY tRiP To rEdAng ~

I LOVE REDANG.....



~ lalallalalallaalaa....hehhe..tringat mase bulan Julai yang lepas..aku g Redang Island..not for diving..but just to release my stressfulness...ngee..aku g ngan member aku yang sama ngan aku nak tenangkan fikiran dan buang dan kurangkan memori2 yang 'kurang enak' yang pernah singgah dalam hidup aku..ala2 format balik kepala otak aku la..hehhehe..


aku g sane 3 hari 2 malam je..tp effect yang aku rase cukup melegakan aku..lepas aku balik dari Redang...aku dapat balik 'tune' diri aku yang lari akibat 'hancur hati' dan segala kedukaan yang ade mase tu...masa mule2 sampai..aku masih murung dan 'jiwa kacau'..tp lepas aku amati keindahan dan ketenangan kat sana..lama2 benda tu macam hilang..ikut pandangan aku pada laut yang terbentang luas..aku swimming kat laut tu..aku sempat tidur dalam air (hehhehe..mmg hobi aku dari dulu)..main pasir kat tepi pantai..tgk laut sampai tertidur..aku rasa tenang sgt masa tu..xde gangguan dari sape2..aku lepaskan marah!! benci!! kecewa!! sakit hati!! geram!!! dan yang seangkatan dengannya masa kat tepi pantai..pukul2 ombak (mcm dlm drama plak...ngee :-P )  xde sape peduli mase tu..best giler...pastu petang2 aku jalan kat pantai tu..tgk sun set..sambil aku 'ter' berangan..aku nak bercuti dengan org yg aku syg suatu hari nanti kat cni..*mase tu xtau la sape kan sbb masih single..hehhe...mmg tmpt tu view dia best giler bg aku..tgk plak ade 'couple2' ngn husband-wife main kejar2 la..main tanam2 dlm pasir la..'so sweet'...mase tu..rase jeles sgt..tp bukan dengki..dan terlintas, bila lah aku nak rasa bahagia macam tu..tp aku sentiasa ingat..Allah sedang aturkan yang TERBAIK untuk AKU..yang aku perlu buat..sabar..sabar..dan sabar...


memangla slama aku keje ni..keje aku 'outstation' je kerjanya..tp lain sgt dengan kalau kite 'berkerja'..sbb kalau kerja ..terikat ngan komitmen..tp kalau bercuti...SYOOKKKKKKKNYERRRRRRRRR!!!!...hehehe..ok lah..saje nk share gambo aku sorang mase kat sane..ngee ;-)












hehehe...time baru sampai..

it's time for me to 'jalan2' tepi pantai

aku suke tempat ni...sangat2





Sunday, November 21, 2010

~ I Don't Know What To Believe & What To Do ;( ~


i believe i can fly..i believe i can touch the sky.. ermmm...tu yang biasa aku nyanyi tuk sedapkan hati..believe in whatever we've done and gonna do..chaiyokk!!! chaiyok!!! hohooo... 'PANTANG BERALAH SEBELUM BERJUANG'.. ngeee sebenarnya banyak sangat yang bermain kat fikiran aku ni..tp aku xboleh ikutkan sangat..ape yg pasti, aku kena cari jalan penyelesaian..rungkaikan segala yang menyerabutkan kepala otak ni..






bukan xnk planning pape..tp aku nak rileks2 dulu..bg ruang pada diri sendiri..bg ruang kepada 'yang berkenaan' kan..semua mahukan yang terbaik untuk dirinya..dan xsiapa yang xnk bahagia kan..GILER APE!!! erm...'kadang2 Allah tarik nikmat yang pernah kite kecapi baru sekejap..kerana DIA mahu berikan yang lebih baik dan kebahagiaan yang hakiki'..dan aku sentiasa pegang kata2 ini..'Allah TAKKAN menguji hambaNya..diluar batas kemampuan hambaNya'...kalau kite rase ujian yang kite terima tu sgt teruk..ingatlah ade lagi org lain yang lebih derita dr kita..

Thursday, November 18, 2010

~ Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu ~

by Ahmad Afif Razi on Tuesday, October 26, 2010 at 10:00pm





1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.
  
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.
  
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.
  
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’
  
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

aKu DaN hArI nI...

JiWa kACaU!!!

aduhhh!!!  apsal lah aku hari ni..moody semacam jer..ape yg xkena ni..Ya Allah..ape yg ade dlm kotak fikiran aku ni?? aku risaukan sesuatu??ape dia? aku marahkan seseorang? ape puncanya? aku rindukan si dia?? tp, kenapa time dia call aku rase cam panas semacam je..aku asyik nak emo je..walhal bukan ade pape pon..nasib baiklah dia sabar..aku ni ape kes??? arrgggghhhhhhhhhhhhh....


tetibe teringat lagu alif aziz ngn joanna..'kalau cinta, jangan kacau..kalau sayang xperlu marah..' ermm..maaf ye CINTA..saya buat awak risau harini..mungkin ni semua ujian buat saya..untuk memulakan sesuatu yang baru..yang keadaan lepasnya meninggalkan banyak kenangan pahit  buat saya..

ermm..pengalaman yang banyak mengubah persepsi aku tentang erti kehidupan..apepun terjadi 'life must go on' that's what i'm done..life is short..so make it as beautiful as we can..mane ade manusia yg xde masalah dlm dunia ni kan..cuma macam mana cara kita atasi, tangani dan hadapi setiap masalah yang datang..cuma hari ni je..xdpt dikenalpasti ape agaknye punce KEKACAUAN KEJIWAAN aku ni..tp yang pasti..dia ttp ade dgn aku..walau kami jauh..bak kata org 'jauh dimata, dekat ditelinga'..hehehe yelah skrg kan dah ade mobile phone..pepatah td pon xleh guna dah..sbb now on dh ade 3G..4G..leh webcam ngn video call..hehehe yang penting ade fuluss..ngee..


erm..okay la..i'm out dulu..karang2 la sambung balik..adioss amigosss!!!

~ Resepi Manje ~

Ayam Masak Merah



Hasil Karyaku di Aidiladha 2010
Ayam Masak Merah Manje Magenta
Bahan-Bahan:
Seekor  ayam dipotong 16 bahagian, diperap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan
digoreng setengah masak
Bahan untuk dikisar: 

2 genggam  cili kering
1 inci halia
5 ulas  bawang putih
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 sudu sos tomato
________________________________


Lain-lain bahan untuk ditumis :

3 batang serai - diketuk
rempah tumis
minyak masak - untuk menumis
sedikit air asam jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Cara:
Pijarkan minyak dalam kuali kemudian masukkan rempah tumis dan serai serta tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

Wednesday, November 17, 2010

Romantis ~ ELAK GADUH kerana hal remeh




Ucapan 'saya sayang kamu, saya rindu kamu' ucapan keramat dinantikan pasangan...

Antara punca2 kecil pergaduhan ;

  • Pasangan tidak hubungi...maybe bf/gf xsempat nk call sbb byk benda lain yg bersarang dlm kepala mereka..so 'terlepas pandang' nk tnye khabar si sia -ala, benda ni normal..aku pun pernah lalui..dua2 sama je..so sendiri mau ingat aarrr..
  • Pasangan lupa/lambat reply sms/call..ni pon boleh jd punca gaduh gak..kadang2 sebab ni je pun leh jd 'merajuk seharian' - hihihi adehh kena batang idung..lg2 time bulan mengambang..jgn lah cr pasal..hahha
  • Pasangan tak ucap 'i love u' ....kalau nak tunjuk sayang..kenalah ucapkan, xcukup dgn hanya perbuatan..jgn biarkan pasangan merajuk sebab lupe nak ckp 'i love u' je.. - erm..aku plak mmg kena ada dua2 ni..sbb kalau stakat tunjuk syg je xckp..agak sentap sket..almaklumlah..aku kan Manje.. ;)
  • Pasangan salah pilih tempat makan/dating...mmg la nampak remeh, tp..bukan boleh 'terbantut' selera makan..slain muncung sedepa..leh gak jd hal bgaduh kecil-kecilan hahah.. - hehehe..ala normal lah..actually kenalah 'give n take'..hari ni u pilih tempat..esok i plak..kan bagus toleransi macam tu..
  • Pasangan terlupa tarikh penting..haaa, yg ni mmg slalu..sorry to say, normally lelaki yg slalu terlupe tarikh2 penting ni..boleh jd masalah besar kalau si dia lupe tarikh yg memberikan kenangan terindah bg mereka khasnya..jgn kate 'merajuk' boleh tercetus lah perang dunia..ngeee - stakat ni xlg la kan sbb baru lagi..hopefully si dia xlupe tarikh penting kitorg ;)
  • Pakai baju tak sedondon..nama pun benda remeh kan..ni lah salah satunya.. - stakat ni aku xkesah pon kalau nk keluar dating sedondon ke tak..tp kalau raya ke special function ke agak kesah la sket..we all 'sempoi' je..hoho
PETUA UNTUK DIKONGSI

  1. Jujur & Ikhlas - nampak senang, tapi jujurlah untuk kepentingan hubungan (mmg susah sgt sebenarnya..kdg2 ckp salah, xckp lg lah salah..terpulang pd penerimaan pasangan masing2 sebenarnya)
  2. Jauhi cemburu buta - tak salah cemburu, tp kenalah pd tempatnya..cemburu kan tanda sayang..tp kalau cemburu yang melampau-lampau jd 'meluat'..huhu (kes ni kena pandai kawal emosi dan pikir logik..jgn bertindak melulu..ape2 pun kena selidik dan nilai dulu..jgn main langgar je..last2 sendiri yang sakit ;(
  3. Bertanya khabar & berkongsi cerita - amalkanlah sifat ni lebih2 lg bg pasangan yg PJJ (percintaan jarak jauh)..so xdelah rasa sangat jarak yg memisahkan hubungan tu..sifat2 mcm ni akan pupuk keharmonian dan sifat saling mengambil berat..so, pasangan akan rasa lebih dihargai dan disayangai.. (mcm kes aku la ni..PJJ, ape2 pon aku doakan yg terbaik untuk kami..amin..mmg kena byk2 sabar, and the most important part is'trustworthy)
  4. Selalu ungkapkan perasaan sayang terhadap pasangan - ade yg anggap perasaan tu xperlu diluahkan..siapa kata?? erm..sebenarnya, tingkah laku sahaja xcukup..kena pakej ngan ucapan syg sekali..contohnya setiap kali diakhir perbualan telefon..mesti ucap 'i love u and miss u so much' hehehhe (as what we did usually..hopefully jgnlah mase bercinta je kan..hehhe) 
Hopefully, korang semua suke dgn ape yg aku kongsikan ni..this tips was adopted from Harian Metro 18 Nov 2010..cheersss everyone!! muahhhh