Searching Corner

Sunday, March 27, 2011

Banana Slices With Chocolate

 Banana Slices With Chocolate 




Bahan-bahan :


4 biji pisang emas / apa2 pisang yg sesuai buat kek


2 biji telur


1/2 tin susu cair


3/4 cawan gula


2 sudu besar susu pekat


1/2 cawan minyak masak


3 cawan tepung gandum


2 sudu teh baking soda




Cara-cara :


Masukkan kesemua bahan di atas KECUALI tepung gandum ,baking soda dan minyak...ke dalam BLENDER..kemudian blend lah..lepas semua dah blend mesra..masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul..selepas tu masukkan baking soda dan last sekali..masukkan minyak dan gaul hingga sebati..


then masukkan dalam loyang yang telah di gris ngn minyak dan tabur tepung sikit.. bakar  dalam dalam suhu 180 darjah celsius lebih kurang 40 minit.


then hiaskan dengan ciklat masak dan taburkan badam ..


simple kan.. maaf xsempat nk tulis elok2 mcm biasa sbb xde byk masa and takut lupa resepinya. Kalau nak tau..MM main ikut rasa hati je masa buat kek ni..nasib jadi..gara2 nak habiskan pisang 4 biji tu dan xnk buat lempeng or jemput2..hihihi








SO..SELAMAT MENCUBA!!!!

Wednesday, March 23, 2011

Magenta's Brownie

Magenta's Brownie



Slurpppppppppp!! hehehe

Bahan-bahan 

  • 250g (sebuku) butter
  • 400g coklat masakan
  • 4 biji telor
  • 1 cawan gula halus (ikut selera, kalau nak kurang manis kurangkan gula)
  • 2 penutup esen vanilla
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan kacang walnut / almond. Ikut suka. Kalau tak letak kacang pun tak apa.
  • 1/2 cawan kismis
  • 2 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Double boil butter dan coklat masakan. Pastikan air yang menggelegak tak masuk dalam adunan butter dan coklat masakan. Bila dah  cair, ketepikan. Biarkan sejuk.
  3. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula perang, esen vanilla dan coklat emulco. Gunakan spatula untuk sebatikan bahan-bahan ini.
  4. Tuang adunan butter dan coklat masakan yang dicairkan tadi ke dalam adunan di atas. Gaulkan sebati. Jangan kacau terlalu lama. 
  5. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Masukkan dalam adunan di atas bersama kacang (jika ada). Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan marjerin atau butter.
  6. Bakar selama 45 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga masak. Gunakan 'cake tester' untuk periksa bahagian tengah brownies.

Untuk Hiasan 


    • 50g  butter
    • 200g coklat masakan

    Double boil butter dan coklat masakan.  Bila dah  cair, ketepikan. Kemudian tuang ke atas kek yang telah masak.










    Selamat MENCUBA!!!