Searching Corner

Saturday, July 09, 2011

Magenta 's Cinnamon Stick

hi..MM baru je selesai buat pretzels ala2 auntie anne's tu.. so far alhamdulillah cubaan yang pertama agak success cume MM malas nk menggentel kecik2 so jd terlebih tembam haahha..nasib baik makan sendiri.. so jom kite kongsi resepi sama2 ye..


hehehe inilah haasil karya MM..gebuss tak?? hahha
Magenta's Cinnamon Stick 

(sebab Magenta yang buat and modified ikut suke hahaha)


Bahan-bahannya :


Bahan A


1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh yis kering
1 1/8 sudu teh garam halus
3 sudu besar gula perang
1 cawan tepung 'high protein'
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh 'shortening'


Bahan B


2 cawan air suam
2 sudu 'baking soda'


butter secukupnya
gula perang
cinnamon powder

Cara-cara membuatnya :


1. Masukkan 1 1/2 air suam dan 1 1/8 sudu teh yis kering ke dalam mangkuk untuk menguli dan gaulkan sebati.


2. Masukkan 3 sudu besar gula  perang dan garam, digaul rata.


3. Kemudian, masukkan tepung 'high protein' + tepung gandum serta 'shortening' tadidan  gaul dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat.


4. Tutup dan biarkan doh selama 1/2 jam.


5. Selepas doh dibiarkan tadi naik, sediakan 2cawan air suam dan 2 sudu baking soda dalam satu bekas , dicampur dan digaul rata untuk langkah seterusnya.


6. Uli doh menjadi seperti 'stick' dan  celupkan 'stick' tersebut ke dalam air yang bercampur baking soda tadi dan letakkan ke dalam loyang pembakar yang telah di 'gris'  dengan butter dan biarkan doh menjadi naik.


7. Selepas itu, stick2 tersebut boleh dibakar pada suhu 450degrees dalam masa 10 minit atau sehingga menjadi kekuning-kuningan.


8. Apabila masak, sapukan kesemua stick tersebut dengan butter dan golekkan ke dalam bekas yang mengandungi cinnamon powder dan brown sugar yang telah dicampur.

Rupa doh sebelum dibakar..ngeee




So..jadilah Cinnamon Stick dan sedia untuk dihidang!!



SELAMAT MENCUBA!!!

Thursday, July 07, 2011

Empat Puluh Empat Pantang!!! ??

Empat Puluh Empat Pantang  Bakal Pengantin ;)

Berikut senarai 44 pantang bagi bakal pengantin… (untuk sape2 yang dh nak dekat hari bahagia tu ye hehehe...saya ni baru nak bertunang)

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelak tohmahan masyarakat. Selain tu ia bertujuan utk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Ini akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri
2. Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu hitam. ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
3.Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk spt petai dan jering
6. Jangan bercermin terutama lepas maghrib bagi mengelak diri terkena sihir
7. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak didlm air contohnya dalam sungai,kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yagn tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis
9. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama
10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi sendi11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (sesetengah adat)
12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
13. Elakkan terlalu bnyk makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid
14. 3 bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin lebih bertenaga15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga
16. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin - ermm MM la ni huuu17. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtanggan aman dan damai
18. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri
19. Cukupkan waktu tidur 7 – 8 jam sehari
20. Elakkan minum minuman keras dan merokok
21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan
24. Banyakkan baca surah2 bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah25. Jangan makan sebebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil
26. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri)
27. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat
28. Jangan bercelak atau berlanggir serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul29. Jika nikah gantung tidak boleh bersama
30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan
31. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari khianat orang
32. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penah dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
34. Elakkan makan dan minum spt sayur bersifat sejuk spt kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agak muka nampak segar.
35. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka
36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis
37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung38. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri
39. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu40. Jangan makan kepala ayam nnt mengantuk masa bersanding
41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki
42. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjad buncit43. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
44. Orang2 tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supanya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.



Erm..sekarang semunya serba moden..kalau pasal keluar rumah tu, sekarang kebanyakkan pengantin uruskan semuanya sendiri..x mcm org dulu2..jd terpulanglah kepada individu..so, renung-renungkan..sekadar berkongsi ;)

Friday, July 01, 2011

Cubit Peha Kanan, Peha Kiri Terasa

Salam semua...(mcm ade je yg bace..hehehe)


lame rasenye x update blog ni.. as usual, xde byk mase nk update..ni pon sebab nk meluahkan rase yg ade sekarang..MM sekarang sedang berduka sebab bakal bapa mertua MM telah pulang ke rahmatullah pada 25 Jun yang lalu. MM sedih sbb sudah tentu MMS sgt2 sedih dan kehilangan..dah la ahli keluarga 4 orang je..sekarang hanya tinggal MMS, mak dan along.. lebih berat tangungjawab MMS lepas ni sbb perlu ambil alih tanggungjawab arwah ayah..walau mcm mana pun, MM xkn putus asa untuk terus bg semangat pd MMS..

berat mata memandang..berat lagi bahu memikul kan? MM syg sgt MMS..MM juga sakit kalau MMS sakit.. :-(