Searching Corner

Wednesday, October 05, 2011

~ ExtRaVaGaNZa HappIness WiTh CrAZiEST bUDDIES ~

Salam...


first and foremost..MM nk bgtau yg MM hepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sgt2...hahaha nak tau sebab ape?? sebaabbbbb now MM dh xde mase nk sedey2 n sunyi2 mcm selalu tu sbb MM ade craziest buddies yg slalu buat MM gelak and hepi cm orang hilang akal.. no need to mention who they are.. enough if i just mention they are FOUR of us... trillion thanks to all of you guys..makes my life crazy always..even though my family and beloved fiancee jauh dimata tapi dekat dihati...


with them i can laugh..shout!! hahhaa 'gurau kasar' , 'cakap lepas' suke hati mak nenek nak buat ape...but most important nothing personal..coz masing2 ade life sendiri..then bile 'bergabung' nah amikkau!! yg penting motto we all 'Janji Hepi Beb!!' hahha suke suki je..MM letak motto tu tanpa persetujuan diorg..ala xpe..MM kan PENGARUSI hahhaha adeh..bile ingt diorg je dh senyum sorg2 and nak tergelak..bayangkan kalau we all gathering..x ke haru biru... ahh lantak..JANJI HEPI BEB!! 


Okey lah MM nk sambung keje...from now on MM will bz dgn upcoming event kt i-City end of this month...before that will away from office for monitoring 8TV punye shooting kat Melaka ngan Johor..ermm bz bz bz...xpelah keje kan..hepi ape kje camni..Alhamdulillah ..syukur.. ramai yang kat luar sana xde kje..so LU PIKIR LAH SENDIRI..


to those my craziest buddies yg MM maksudkan tu.. I LOVE YOU GUYS ...loves our friendship k.. kite jage lah same2 k..adios!!!

Thursday, September 29, 2011

~ Macam-Macam Rasa...bukan macam-macam Aznil tau..hihihi

Salam semua..

hahha xyah la nak semua sgt..sape jelah yang bace blog ko ni..so xyah nk berangan sgt..adehhh hari ni mcm2 rasa yang ade..rase penat..rase sakit..rase lenguh ...rasa empty..rasa sunyi..rasa ngantuk dan seangkatan dengannya...jarang2 kejadian ade 'rasa' camni..rasa cam ade yang xkena pon ade gak..rasa rindu..rasa hepi..rase benggang..wah!!! terbaiklah pada tarikh 29 September 2011 ni mcm2 yang ko rase kan Manje Magenta?? ahh lantaklah janji aku boleh SENYUM lagi..sbb kalau aku dh xsenyum..bermakna erm lu pikirlah sendiri..

harini hari ke-4 aku kt opis baru..nk citer sket ar..tp gamba nanti2lah aku upload..opis baru ok..luas..cantik..selesa..cume mungkin xbiase kot.. kalau ikut jarak dari umah ke opis baru..sebenarnya jauh sket dlm 3km dr umah aku ke pwtc..mmg rase jauh tp yg bestnyer xjem mcm kt KL... :-) ... 1/2 jam je dh leh sampai..jem skit2 je then smooth dah perjalanannye.. ermm dah penatlah nak menaip..kang bile2 sambung...aku asyik batuk2 je..makan ubat pun same je..sampai makan ape smua kluar balik huhuu...

okey..cau cin cauu

Tuesday, September 13, 2011

~ ku TERIMA lamaranmu sayang ~

 Assalammualaikum semua..



lame rasenye jari-jemari ni x bloging ...almaklumlah busy sangat2.. just nak share..Alhamdulillah MM dah selamat bertunang dengan cinta hati MM iaitu MMS ;) ...syukur..everything goes well .. pada 1 September 2011 iaitu pada 3 Syawal 1432H MM dah jadi tunangan orang. Tempoh pertunangan dalam masa setahun..InsyaAllah kalau ade rezeki lebih dan tiada aral melintang akan di awalkan..doakan untuk MM ye..harap semoga jodoh kali ini berpanjangan hingga hujung nyawa..Amin InsyaAllah..

Monday, August 08, 2011

MODE : RINDU SANGAT-SANGAT KAT MMS :'(

A.R.S.K .....indeed!!!

Percaya Padaku - by Unggu

 Percaya Padaku  by Ungu


Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu


(*)
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku


(**)
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku


Back to (*), (**)


Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu


Back to (*), (**)
Back to (*)

~ Hobi Baru Isi Masa Lapang... at least tak lah rasa sunyi sangat kan.. ~

Hobi Baru!!! Hobi Baru!!!


Assalammualaikum...ngee

Now MM tengah break..ade kt opis lg..ingat jap g nak g the mall nak beli barang.. tp nk luangkan mase kt blog jap..hehhe.. lately jiwa rasa tak tenteram..sedih..sunyi dan macam2 lagi..so that muncul hobi baru *actually xlah baru sgt..baru kt blog MM ni je.. hobinye ialah..kumpul lirik-lirik lagu yang MM suka atau yang ade kena mengena dalam hidup MM..saje layan-layan perasaan.. ha tgk ni..lom layan perasaan lg tapi perasaan mengantuk ni lg meluap-luap, camne? alamat x ke the mall lah ni..huhu..harus ku check in jap g..adehhh... ok la..see yaa..

Sunday, August 07, 2011

Atasi PANAS BARAN!!!!

Panas baran BUKAN sifat semulajadi malah bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang wujud dalam diri seseorang....




sekadar gambar hiasan..




Ikuti antara tips-tips untuk mengatasi PANAS BARAN ini ; 


1. JAUHKAN DIRI DARI SITUASI YANG MENIMBULKAN KEMARAHAN


~ jika pasangan anda mempunyai sifat panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahannya..cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan..


~ bagi yang panas baran, jika bertembung dengan situasi yang boleh menimbulkan marah, SEGERA jauhkan diri dan carilah tempat dan masa sesuai untuk bertenang...berilah peluang kepada diri sendiri...


2. MENDIAMKAN DIRI KETIKA MARAH


~ panas baran bermula dengan tindakan demi tindakan..cara terbaik untuk mengurangkan atau mengawalnya ialah dengan mendiamkan diri tanpa membuat apa-apa tindakan...sekiranya anda berjaya menghayati sikap berdiam diri ketika marah..secara tidak langsung anda telah berusaha menghilangkan sikap panas baran itu sedikit demi sedikit.


3. BELAJAR MENYAMPAIKAN KEMARAHAN SECARA POSITIF DAN TERHORMAT


~ jika sebelum ini kita hanya pandai memekik atau bertindak garang ketika marah..cuba keluarkan perasaan marah itu dengan menggunakan ayat yang tidak menyakitkan hati orang lain dan elakkan membuat tindakan fizikall..




4. LUAH PADA TEMPAT DAN MASA YANG SESUAI


~ emosi marah yang tidak terkawal juga berpunca daripada marah yang TERPENDAM.. ledakannya ibarat gunung berapi pendam yang mungkin akan meletus bila-bila masa tanpa sebarang amaran..lantas, cuba untuk luahkan emosi apa jua masalah yang datang pada masa dan tempat yang sesuai..tindakan ini akan dapat mengurangkan tekanan yang dialami dan seterusnya dapat mengurangkan sikap panas baran anada.


5. BAWA BERTENANG


~ kita perlu sentiasa belajar mengawal diri dengan bertenang dalam apa juga situaasi sekalipun termasuk yang menggugat kesabaran kita.


~ praktikkan untuk menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan..bagi kita yang beragama Islam..beristighfar lah..memaafkan orang lain juga dapat mengelakkan panas baran..


6. SENYUM


~ nampak mudah..semudah lagu Najwa featuring Malik Too Phat..'senyum!! tak perlu kata apa-apa..senyum!!...tetapi percayalah dengan senyuman ianya mampu meredakan tekanan..selain dapat menjadi penawar kemarahan..jika anda tersenyum kepada orang lain..ia merupakan sedekah yang paling mudah.. selain daripada itu, berzikirlah.. semoga Allah akan sentiasa melindungi kita..Amin...




* sama-sama kita mencuba untuk mengawal PANAS BARAN kita ini..InsyaAllah.. :-)










Saturday, July 09, 2011

Magenta 's Cinnamon Stick

hi..MM baru je selesai buat pretzels ala2 auntie anne's tu.. so far alhamdulillah cubaan yang pertama agak success cume MM malas nk menggentel kecik2 so jd terlebih tembam haahha..nasib baik makan sendiri.. so jom kite kongsi resepi sama2 ye..


hehehe inilah haasil karya MM..gebuss tak?? hahha
Magenta's Cinnamon Stick 

(sebab Magenta yang buat and modified ikut suke hahaha)


Bahan-bahannya :


Bahan A


1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh yis kering
1 1/8 sudu teh garam halus
3 sudu besar gula perang
1 cawan tepung 'high protein'
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh 'shortening'


Bahan B


2 cawan air suam
2 sudu 'baking soda'


butter secukupnya
gula perang
cinnamon powder

Cara-cara membuatnya :


1. Masukkan 1 1/2 air suam dan 1 1/8 sudu teh yis kering ke dalam mangkuk untuk menguli dan gaulkan sebati.


2. Masukkan 3 sudu besar gula  perang dan garam, digaul rata.


3. Kemudian, masukkan tepung 'high protein' + tepung gandum serta 'shortening' tadidan  gaul dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat.


4. Tutup dan biarkan doh selama 1/2 jam.


5. Selepas doh dibiarkan tadi naik, sediakan 2cawan air suam dan 2 sudu baking soda dalam satu bekas , dicampur dan digaul rata untuk langkah seterusnya.


6. Uli doh menjadi seperti 'stick' dan  celupkan 'stick' tersebut ke dalam air yang bercampur baking soda tadi dan letakkan ke dalam loyang pembakar yang telah di 'gris'  dengan butter dan biarkan doh menjadi naik.


7. Selepas itu, stick2 tersebut boleh dibakar pada suhu 450degrees dalam masa 10 minit atau sehingga menjadi kekuning-kuningan.


8. Apabila masak, sapukan kesemua stick tersebut dengan butter dan golekkan ke dalam bekas yang mengandungi cinnamon powder dan brown sugar yang telah dicampur.

Rupa doh sebelum dibakar..ngeee




So..jadilah Cinnamon Stick dan sedia untuk dihidang!!



SELAMAT MENCUBA!!!

Thursday, July 07, 2011

Empat Puluh Empat Pantang!!! ??

Empat Puluh Empat Pantang  Bakal Pengantin ;)

Berikut senarai 44 pantang bagi bakal pengantin… (untuk sape2 yang dh nak dekat hari bahagia tu ye hehehe...saya ni baru nak bertunang)

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelak tohmahan masyarakat. Selain tu ia bertujuan utk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Ini akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri
2. Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu hitam. ia juga utk menjaga nama baik keluarga.
3.Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk spt petai dan jering
6. Jangan bercermin terutama lepas maghrib bagi mengelak diri terkena sihir
7. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak didlm air contohnya dalam sungai,kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yagn tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis
9. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama
10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi sendi11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (sesetengah adat)
12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
13. Elakkan terlalu bnyk makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid
14. 3 bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin lebih bertenaga15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga
16. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin - ermm MM la ni huuu17. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtanggan aman dan damai
18. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri
19. Cukupkan waktu tidur 7 – 8 jam sehari
20. Elakkan minum minuman keras dan merokok
21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan
24. Banyakkan baca surah2 bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah25. Jangan makan sebebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil
26. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri)
27. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat
28. Jangan bercelak atau berlanggir serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul29. Jika nikah gantung tidak boleh bersama
30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan
31. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari khianat orang
32. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penah dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
34. Elakkan makan dan minum spt sayur bersifat sejuk spt kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agak muka nampak segar.
35. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka
36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis
37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung38. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri
39. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu40. Jangan makan kepala ayam nnt mengantuk masa bersanding
41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki
42. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjad buncit43. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
44. Orang2 tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supanya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.



Erm..sekarang semunya serba moden..kalau pasal keluar rumah tu, sekarang kebanyakkan pengantin uruskan semuanya sendiri..x mcm org dulu2..jd terpulanglah kepada individu..so, renung-renungkan..sekadar berkongsi ;)

Friday, July 01, 2011

Cubit Peha Kanan, Peha Kiri Terasa

Salam semua...(mcm ade je yg bace..hehehe)


lame rasenye x update blog ni.. as usual, xde byk mase nk update..ni pon sebab nk meluahkan rase yg ade sekarang..MM sekarang sedang berduka sebab bakal bapa mertua MM telah pulang ke rahmatullah pada 25 Jun yang lalu. MM sedih sbb sudah tentu MMS sgt2 sedih dan kehilangan..dah la ahli keluarga 4 orang je..sekarang hanya tinggal MMS, mak dan along.. lebih berat tangungjawab MMS lepas ni sbb perlu ambil alih tanggungjawab arwah ayah..walau mcm mana pun, MM xkn putus asa untuk terus bg semangat pd MMS..

berat mata memandang..berat lagi bahu memikul kan? MM syg sgt MMS..MM juga sakit kalau MMS sakit.. :-(

Thursday, June 16, 2011

Engagement Checklist ... saje nk share :)

~~~~~~~~~~The Event ~~~~~~~~~~

Kampung Pt. Sa’aban, Pt. Bilal
Batu Pahat, Johor

 ( ………. September 2011 / 2.30 pm)

*********************************************************
~~~~~~~~~~What to Wear~~~~~~~~~

1. ME

.: Baju Tunang (DONE!)
.: Veil (DONE!)
.: Aksesori (DONE!)
.: Kasut (DONE!)
.: Bunga Tangan (DONE!)

2. ABG

.: Baju Melayu (DONE!)
.: Kasut
.: Butang Baju Melayu(DONE!)
.: Sampin (DONE!) + Songkok 


3.FAMILY
(Theme Color – x decide lg huhu)

.: Baju Auntie
.: Baju Emak
.: Baju Abah
.: Baju Yai
.: Baju Angah
.: Baju Adik
.: Baju Papak
****************************************************************
~~~~~~~~~~~ Make Up ~~~~~~~~~~~
Make up artist  : Armz Collection (BOOKED)
                                - Spg. 5, Batu Pahat
a) Make Up
b) Aksesori

**************************************************************
~~~~~~~~~The Hantaran~~~~~~~~~

a) for My Abg (9 Trays)
.: Sireh junjung
.: Baju Nikah (DONE!)+ Sampin 
.: Jam (DONE!) + Bunga Rampai
.: Kasut (DONE!)
.: Kek
.: Coklat
.: Buah-buahan
.: Makanan
.: Bunga Pahar (DONE!)


b) for Me  7 Trays)
.: Tepak Sireh (DONE!)
.: Baju Nikah (DONE!)
.: Jam (DONE!)
.: Kek 
.: Buah-buahan
.:               .: Cincin Tunang (BOUGHT!) + Duit Tanda 
.: Bunga Pahar

                                     


~~~~~~~~~Hantaran Decoration~~~~~~~~~

a) for Mr. Fiance 
.: Hantaran Trays (BOUGHT!) + Decorated
.: Articifial Flowers + Deco

~~~~~~~~~ Photographer~~~~~~~~~

Photographer : 
a) Rahmat Ali (Official)
d) Amal Pranas (my cousin)

Payment:
1st Payment (deposit)
Final Payment

~~~~~~~~~~~~~~Door Gift~~~~~~~~~~~~~~

a) For My Abg’s family
.: Goodie bag

b) For Close Family & Friends
.: Goodie bag 


*********************************************************


~~~~~~~~~~~~~Decoration~~~~~~~~~~~~
a) Curtain 
b) Dais Flower Arrangement (BOUGHT!) 
c) Room Decoration 
.: Bed Sheet + Comforter  (BOUGHT!) 
.: Flowers


~~~~~~~~~~~~Stationary~~~~~~~~~~~~

For ‘Hantaran’ decorations (BOUGHT! few things ngee) 

*********************************************************
~~~~~~~~~~ Mini Pelamin~~~~~~~~~~

Tukang Hias : Cik Nah ( Idea by MYSELF)


~~~~~~~~~~~~~Food~~~~~~~~~~~~~

.: Nasi Beriani (Abah masak!! Terbaik ngee)
.: Kerepek
.: Assorted Cakes
.: Fruits
.: Deserts

*********************************************************

Thursday, June 02, 2011

21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup...walaupun ade yang tidak bersetuju..inilah REALITInya..

Realitinya sangat susah untuk memahami tentang kemahuan insan yang bergelar wanita. Jika ditanya tentang apa yang mereka perlukan dalam hidup ini, berbagai-bagai jawapan yang akan keluar dari mulut wanita hinggakan pening kepala untuk memikirkannya.
MM ingin senaraikan perkara yang wanita inginkan (sekiranya pasangan lelaki mampu). Mungkin anda tidak setuju, tetapi inilah realitinya.

APA YANG WANITA MAHU DALAM HIDUP?

edw1 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Lelaki Yang Tampan (MM xsuke lelaki yang tampan sebenarnya hehehe..)

Cincin Perkahwinan 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Cincin Perkahwinan Yang Sederhana (ok la..ngee)

majlis perkawinan 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Majlis Perkahwinan yang Sederhana

bulan madu 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Berbulan Madu Di Tempat Impian (like..like..like..)

rumahtangga 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Sebuah Rumah Untuk Berteduh (InsyaAllah)

anak 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Anak Yang Comel (Amin...)

suami 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Suami Yang Penyayang (It's a must!)

kerja 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Dan Bekerja Keras Untuk Keluarga (It's a must!)

kereta kecil 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Sebuah Kereta kecil Untuk Membeli-Belah (MM nk Harrier hahhaa)

begtangan 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Beberapa Koleksi Beg Tangan (biase2 je)

kasut 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Kasut Untuk Semua Majlis (biase2 je)

make Up 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Sedikit Alat Untuk Bersolek (hehehe penting tau)

cuti 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Percutian Ke Luar Negara Setahun Sekali (Alhamdulillah akan ada rezeki)

duit 21 Perkara Yang Wanita Impikan Dalam Hidup
Dan Sedikit Harta Untuk Simpanan Keluarga ( Syukur..)

 

Saturday, April 02, 2011

Cehhhh leh plak camni...hampeh betol huhuhu



huhuhu ngeri mak nyahhh.... CHOOOOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

Friday, April 01, 2011

7 LOVE – GEL MANDIAN 'AURA' BUNGA-BUNGAAN




1.      Mandian Bunga
-          Elemen air dan bunga memiliki kekuatan positif yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan penawar dalam proses perubatan tradisional dari segi fizikal, mental dan spiritual

2.      Keistimewaan 7 Jenis Bunga
-          7 warna cakra utama mengikut susunan pelangi
-          Tenaga warna hidup dari pati bunga mampu membersih, merawat dan merangsan tenaga cakra dan aura pada tubuh

KEISTIMEWAAN 7 LOVE – GEL MANDIAN ' AURA' BUNGA-BUNGAAN

Ø  Menghilangkan stress
Ø  Menaikkan seri wajah
Ø  Menyegarkan tubuh badan
Ø  Mengurangkan bau badan
Ø  Menjana organ dalaman sentiasa stabil dan berfungsi dengan baik
Ø  Meningkatkan keyakinan diri
Ø  Meningkatkan kecerdasan minda

Selain memberikan kesan yang positif kepada pengamalnya dari segi fizikal, mental dan spiritual, ia juga member khasiat seperti pelaris dan penyeri muka dengan izin Allah. Sama-samalah kita cuba dan rasakan sendiri perubahannya.

MM dah cuba, anda semua bila lagi?? Dalam apa pun yang kita lakukan..yang penting adalah usaha dan selebihnya kita serahkan pada Allah S.W.T… Jika berminat, bolehlah email MM ye  untuk buat tempahan.

Harganya murah sahaja, hanya RM39.00 (250 ml) sebotol tidak termasuk postage charge..untuk delivery, postage charge untuk Semenanjung Malaysia hanya RM 5.00 dan Sabah & Sarawak RM 8.00 sahaja. Tapi kalau sesiapa yang ada kt area KL boleh la 'collect' kat PWTC dan kalau order lebih dari 10 botol, MM akan hantar FOC je (area KL yang tertentu sahaja - boleh runding) CUBALAH..InsyaAllah...berbaloi apa yang kita belanjakan dengan apa yang akan kita dapat kelak. Lebih2 lg siapa yang bakal nak naik pelamin tu..memang SESUAIIIIIIII sangat hehehe....

Untuk tempahan, sila lihat langkah2 di bawah :


1. Email kan ke ~  manje_magenta84@yahoo.com :


a) Nama:
b) Nombor Telefon (hp):
c) Email :
d) Alamat Lengkap:
e) Bank (Pembayaran dibuat): 
CIMB or Maybank 

2. Pengesahan tempahan melalui  sms (dari nombor 0173873732)@ email (manje_magenta84@yahoo.com) sahaja.
[Note: Please resend if you do not receive our reply within 24hours.]

3. Payment must be made to Maybank or CIMB account within 2 days upon confirmation unless special request.

4. Once payment made, kindly notify us via sms for immediate response. Item(s) will be posted on DAILY basis except Sat, Sun and Public Holiday.

POS LAJU:
Peninsular Malaysia
RM5 ~ below 500g
Additional charges apply RM3 for next 250g.
Sabah & Sarawak, Malaysia
RM8 ~ below 500g
Additional charges apply RM4 for next 250g.
*credit to Miss Marea for this ordering step :-)


RAMAI DAH MENCUBA..ANDA BILA LAGI?? HEHE...