Searching Corner

Saturday, July 09, 2011

Magenta 's Cinnamon Stick

hi..MM baru je selesai buat pretzels ala2 auntie anne's tu.. so far alhamdulillah cubaan yang pertama agak success cume MM malas nk menggentel kecik2 so jd terlebih tembam haahha..nasib baik makan sendiri.. so jom kite kongsi resepi sama2 ye..


hehehe inilah haasil karya MM..gebuss tak?? hahha
Magenta's Cinnamon Stick 

(sebab Magenta yang buat and modified ikut suke hahaha)


Bahan-bahannya :


Bahan A


1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh yis kering
1 1/8 sudu teh garam halus
3 sudu besar gula perang
1 cawan tepung 'high protein'
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh 'shortening'


Bahan B


2 cawan air suam
2 sudu 'baking soda'


butter secukupnya
gula perang
cinnamon powder

Cara-cara membuatnya :


1. Masukkan 1 1/2 air suam dan 1 1/8 sudu teh yis kering ke dalam mangkuk untuk menguli dan gaulkan sebati.


2. Masukkan 3 sudu besar gula  perang dan garam, digaul rata.


3. Kemudian, masukkan tepung 'high protein' + tepung gandum serta 'shortening' tadidan  gaul dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat.


4. Tutup dan biarkan doh selama 1/2 jam.


5. Selepas doh dibiarkan tadi naik, sediakan 2cawan air suam dan 2 sudu baking soda dalam satu bekas , dicampur dan digaul rata untuk langkah seterusnya.


6. Uli doh menjadi seperti 'stick' dan  celupkan 'stick' tersebut ke dalam air yang bercampur baking soda tadi dan letakkan ke dalam loyang pembakar yang telah di 'gris'  dengan butter dan biarkan doh menjadi naik.


7. Selepas itu, stick2 tersebut boleh dibakar pada suhu 450degrees dalam masa 10 minit atau sehingga menjadi kekuning-kuningan.


8. Apabila masak, sapukan kesemua stick tersebut dengan butter dan golekkan ke dalam bekas yang mengandungi cinnamon powder dan brown sugar yang telah dicampur.

Rupa doh sebelum dibakar..ngeee




So..jadilah Cinnamon Stick dan sedia untuk dihidang!!



SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment