Searching Corner

Sunday, August 07, 2011

Atasi PANAS BARAN!!!!

Panas baran BUKAN sifat semulajadi malah bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang wujud dalam diri seseorang....




sekadar gambar hiasan..




Ikuti antara tips-tips untuk mengatasi PANAS BARAN ini ; 


1. JAUHKAN DIRI DARI SITUASI YANG MENIMBULKAN KEMARAHAN


~ jika pasangan anda mempunyai sifat panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahannya..cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan..


~ bagi yang panas baran, jika bertembung dengan situasi yang boleh menimbulkan marah, SEGERA jauhkan diri dan carilah tempat dan masa sesuai untuk bertenang...berilah peluang kepada diri sendiri...


2. MENDIAMKAN DIRI KETIKA MARAH


~ panas baran bermula dengan tindakan demi tindakan..cara terbaik untuk mengurangkan atau mengawalnya ialah dengan mendiamkan diri tanpa membuat apa-apa tindakan...sekiranya anda berjaya menghayati sikap berdiam diri ketika marah..secara tidak langsung anda telah berusaha menghilangkan sikap panas baran itu sedikit demi sedikit.


3. BELAJAR MENYAMPAIKAN KEMARAHAN SECARA POSITIF DAN TERHORMAT


~ jika sebelum ini kita hanya pandai memekik atau bertindak garang ketika marah..cuba keluarkan perasaan marah itu dengan menggunakan ayat yang tidak menyakitkan hati orang lain dan elakkan membuat tindakan fizikall..




4. LUAH PADA TEMPAT DAN MASA YANG SESUAI


~ emosi marah yang tidak terkawal juga berpunca daripada marah yang TERPENDAM.. ledakannya ibarat gunung berapi pendam yang mungkin akan meletus bila-bila masa tanpa sebarang amaran..lantas, cuba untuk luahkan emosi apa jua masalah yang datang pada masa dan tempat yang sesuai..tindakan ini akan dapat mengurangkan tekanan yang dialami dan seterusnya dapat mengurangkan sikap panas baran anada.


5. BAWA BERTENANG


~ kita perlu sentiasa belajar mengawal diri dengan bertenang dalam apa juga situaasi sekalipun termasuk yang menggugat kesabaran kita.


~ praktikkan untuk menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan..bagi kita yang beragama Islam..beristighfar lah..memaafkan orang lain juga dapat mengelakkan panas baran..


6. SENYUM


~ nampak mudah..semudah lagu Najwa featuring Malik Too Phat..'senyum!! tak perlu kata apa-apa..senyum!!...tetapi percayalah dengan senyuman ianya mampu meredakan tekanan..selain dapat menjadi penawar kemarahan..jika anda tersenyum kepada orang lain..ia merupakan sedekah yang paling mudah.. selain daripada itu, berzikirlah.. semoga Allah akan sentiasa melindungi kita..Amin...




* sama-sama kita mencuba untuk mengawal PANAS BARAN kita ini..InsyaAllah.. :-)










No comments:

Post a Comment