Searching Corner

Monday, February 14, 2011

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS


KEPENTINGAN MENANGANI STRESS
DEFINISI STRESS
Stress secara mudah adalah bebanan mental dan fizikal individu.

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI STRESS

Langkah 1 – Fahami Punca Stress

- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.
Langkah 2 – Letak Keutamaan

- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.
- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah
Langkah 4 – Menangis

- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5 – Ketawa

- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah 6 – Bersenam atau Beriadah

- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan

Langkah 7 – Menyanyi, Menari & Menjerit

- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata
- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh
- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan
ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.

Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.

- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib

- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu

Langkah 10 – Meditasi atau Bertafakur

- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat
pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan.
- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan.
- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.
- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.
- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah.
- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.
- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah 13 – Bersantai
- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.


Langkah  14 – Ambil Mudah.
- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.
- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor

- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.
- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar
mengenai diri sendiri.

Langkah 16 – Berurut

- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stresss.

Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur.


- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu
menghilangkan tekanan yang ditanggung.
- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Langkah 18 – Hipnosis

- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.
- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah.
- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.


 Korang nampak gambar ni STATIK  ke atau BERGERAK / BERPUSING??? kalau bergerak atau berpusing..maksudnye..korang sedang STRESSSSSSSSSSSSS...ngeee..


Langkah  19 – Terima Keadaan Seadanya.
- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut
kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan.
- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.
- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain
dapat.

Langkah 20 – Amalkan Sikap & Gaya Hidup Sihat



- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.
PENUTUP


Segalanya terpulang kepada anda untuk mengatasi masalah stress ini. Ianya bukanlah satu perkara yang remeh dan boleh dianggap enteng. Ianya terlalu berkait rapat dengan mereka di sekeliling kita. Akhir kata “Hidup lebih ceria jika anda mampu menguruskan stress”

Jom..MM nak share gambar-gambar yang boleh MENENANGKAN fikiran kita..hehehe






 dan LASTTTTTTT SEKALI............JENG..JENG ...JENG...



Nyummyyyyyyyy...sde sesape x nak SPONSOR MM mase wedding MM nanti..hehheheh













Stress perlu diatasi kerana ia melibatkan kesihatan mental individu terlibat


Saturday, February 05, 2011

~Maisarah's Engagement..Make Up Session~

Salam Februari...

MM actually malas nak update blog hari ni..bkn ape, letih sgt la..sbb hari panas terik..tp syukur..surut sikit air kat kampung2 yg tkena banjir..kesian diorg..sampai ade yg terpaksa batalkan majlis perkahwinan sebab air naik takat pinggang..

Syukur kampung MM masih ok lg..simpati kepada mereka.. Haa..MM sebenarnye baru je bangun tido..hahah letih2..tp sebelum tido td sempat gak MM transfer dan edit gambar2 pertunangan kawan sekolah MM iaitu Cik Maisarah Morshed..hee MM jd juru mekap dia..hehe..dah lame MM x mekapkan org..biase make suke2 untuk diri sendiri je..tp ape ade hal untuk kawan2 kan..MM xdelah pandai make up pon..just mencuba dan belajar dari kawan2 dan internet..

Jom kite tgk gambar2 nye yer.. :-)


nilah Cik Kumai..

b4 make up..berair-air mata pakai contact lens..ngee

bubuh foundation dulu...

aksi MM menepek muke Cik Kumai..

haa..bubuh base tuk eye shadow lak..

ada gaya tak?? hahha

ko duk diam2 ye..hehehe

blom siap lagi..sabar ye

kite calit2 warna2 tu..

sempat MM posing gitu...

baru base je ni..lom mewarna lagi..

haa..baik budak ni..diam je..

ape MM buat mase ni ekk..ermm

pose lg..MM mmg pantang ok..hehhe


MM macam Nyonya Mansur je..hahhaa

Taraaaaaaaaaa....ok tak??

Inilah hasilnye...


MM and Kumai

MM, Kumai & Shek

Pose yang MM paling suke..

Alhamdulillah..dah selamat jadi tunangan orang si Kumai ni..

Thursday, February 03, 2011

...Family Outing...at Pantai Mesra, Seri Menanti, Muar..



 Salam...


masih x terlambat lg kalau MM nk ucapkan Gong Xi Fa Chai kpd rakan2 berbangsa Tiong Hwa..hehe MM pon celebrate gak tau CNY tiap2 tahun..coz  mase MM lahir 27 tahun yang lalu adalah 1st Day CNY..ngee. Lepas je g beraya kat umah Uncle Ah Chai..MM ngan mak, abah, angah, alg mak inoi, mak inoi, nono ngan amoi g Seri Menanti..ala2 picnic gitu..papak jaki mula2 nk ikut..tetibe plak xnk ikut sbb kena kerje..huhu sedey tau..tp nk wat cmne..


so we all pon meneruskan perjalanan dari bandar bp ke pantai kt Seri Menanti tu..ermm MM bw ayam utk BBQ (MM yang marinade tau ngee)..along readykan air, sosej, arang ..mak bawa pulut kuning, kuah kari, roti yg MM buat, mak inoi bw kerepek la..isshh macam2 ada...sampai2 je we all cari la port nak lepak..mase tu panas giler..kesian plak Baby Danish kitorang..so we all lepak kat tempat yg redup..hahha..pas dh dpt port, abah pon mulakanlah misi membuat bara utk BBQ..jenuh gak tau..pastu we all pon bakar la ayam ngn sosej..ayam mmg la lame kan nk masak sampai 'hirang2' (hitam) lah ...tp yg penting rasa dia sampai ke dalam hehe..sambil2 nk tgu ayam yg masak berejam tu..hubby si alg pon datang  bw sate ngn mee bandung dari kedai dia..waaa bertambah byk makanan kitorang..alhamdulillah.. so we all pon makan beramai-ramai dgn hepi nye..MM ttp membakar ayam sambil mereka suap2 MM ngee (kata Manje kan..hahaha)..


ni baru xsampai 2 family dari keluarga besar MM.. kalau dikumpulkan semua and buat aktiviti mcm ni..haa..lagi lah 'muyak' hahhaha..so MM dh penat nak menaip..jom kite tgk gambo2 nye yer..hehhe

nilah dia Pantai Mesra Sri Menanti, Muar...
Mama, Danish, Mummy (MM), Amoi & Angah (Bob)

P.O.S.E

Pose lagi sampai pengsan..hehehe

lepaking...


we all nk port kt pondok tu..ade plak yg dating ngeee

Danish & Mummy (MM)

bapak sapa la nih..hehehe

Mama & Danish

Si Adik (Mak Inoi) & Abang (abah ku ) ngee

Cik Kikin & MM

ala tomeinyer tier..
.

ngan Uncle Bob dia..


haaa..jemput2 makan..ade rezeki kite wat tuk family besar ye..

Mak Inoi ngan My Mom..

Mak Inoi ngan Cik Kikin (nono) hhehehe..mak dia lah tu..


ini bukan lakonan..MM jage sampai selesai tau..MM org last skali makan..hehehe

syiokkk wooooo...

Baby Danish ngan Papa nye..

inilah hasil AIR TANGAN MM untuk family..hehe

seronok sangat...

makan selagi terdaya..hehhehe

MM ngan abah tersayang..