Searching Corner

Friday, January 28, 2011

Rahsia 10 Makanan ANTI KOLESTROL



1. SOYA
  •  Mengandungi  48% protein,lesitin, vitamin dan zat galian. Ia juga dapat menghindari daripada kecing manis dan sakit jantung. Kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak serta membantu menyusutkan kadar LEMAK JAHAT (LDL) dan dapat meningkatkan kadar LEMAK BAIK (HDL).
2. KUACI
  • Mempunyai zat besi . Pola pemakanan yang rendah zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL dan sekali gus menghadkan kadar kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambahkan zat besi dan mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
  • Antara jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi FLAVANOID. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dari teh, broccoli, tomato, bawang serta buah delima.
4. EPAL
  • Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari dapat  membekalkan khasiat serta mengurangkan kolestrol dalam badan.
5. IKAN TUNA
  • Termasuk dalam asid lemak Omega-3 yang popular selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khususmelindungi tubuh dari peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
  • Kacang tanah yang diPANGGANG mengandungi lemak sihat dan kaya dengan Vitamin E. Ia boleh menghalang dari radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol HDL dan menghindari tubuh dari serangan jantung.
7. MANGGA
  • Vitamin C terdapat banyak dalam mangga. Sumber lain juga boleh didapati dari belimbing, kedondong, betik, rambutan dan kiwi. Vitamin C boleh mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.
8. KISMIS
  • Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kadar kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8% 
9. OAT
  • Mengikut kajian saintifik, pengambilan oat pada setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko sakikt jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.
10. JAMBU BATU

  • Mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan sebanyak 18.8 % . Di syorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah yang mencukupi iaitu seprti yang dicadangkan adalah 400gm atau sebiji setengah selama empat minggu. Bagi yang ingin menurunkan berat badan tanpa memikirkan diet seimbang..jambu batu adalah pilihan yang sesuai.




Sayangi JANTUNG kita..........

No comments:

Post a Comment